Oh ya, kalau pembaca tidak kenal siapa Razzi Armansur ni, dia ni penulis juga. Tapi penulis hingusan baru keluar beberapa buku yang tak popular. Kemudian, mengutuk penulis-penulis lain... kononnya nak ciptakan kontroversi melariskan buku sendiri.
Bukunya ada juga pasal JUTAWAN, tapi orangnya sendiri, bukan jutawan. Buta Wang adalah kot. Jadi, untuk melariskan buku "konon jutawan" ni, Razzi Armansur pun mengutuk Azizi Ali (Jutawan Hartanah, penulis buku terlaris Jutawan Dari Planet Jupiter)...
********** mula petikan dari blog asal **********
Saya tak ingat judul bukunya tapi memang layak dibaling ke muka penulisnya. “Bahlul Dari Jupiter” atau, “Penulis Dari Jupiter” agaknya. Dalamnya entah apa-apa. Pelik dan pakai hentam saja. Memang elok sangat dibaca di planet Jupiter, bukan planet bumi.
Seorang menulis tanpa kualiti, main hentam saja, penulis-penulis lain yang jujur dan berilmu akan kena tempias. Kalau tahap pembohong tak payahlah menulis buku. Menulis kerja elit, perlu kajian mendalam, bukan main hentam atau ciplak tulisan orang lain (tanpa malu beritahu umum hasil kajian).
-Razzi Armansur
********** tamat petikan dari blog asal **********
Berhati-hati lah sedikit kalau anda terjumpa buku Razzi Armansur ni. Lihat betapa rendahnya ilmunya sehingga terpaksa mengutuk penulis lain untuk menaikkan diri nya. Kalau buku-buku Azizi Ali, kita sering lihat di rak-rak hadapan kedai buku.
Buku Razzi Armansur ni selalunya kat jauh belakang-belakang... memang tiada tarikan komersil langsung. Kedai buku pun tak mahu bantu promosi! Kesian kan?
Ingin buku-buku jutawan, saya syorkan buku-buku Azizi Ali. Lawati http://www.millionairesplanet.com/ Buku hasil tulisan dari seorang jutawan yang sebenar. Bukan seorang tiada wang!