Monday, May 14, 2007

Razzi Armansur vs Dato Dr Fadzilah Kamsah

Naik bengang aku baca posting Razzi Armansur... memang patut kena MANSUH orang-rang macam ni...


********** mula petikan dari blog asal*********


Saya juga pernah mendengar penglipur lara dari Datuk Dr Fadzillah Kamsah yang diwar-warkan sebagai pakar motivasi di Hotel DePalma, Ampang. Sekali lagi saya dapat angin…. Hanya lawak-lawak supaya hadirin ketawa. Tak ada sebarang ilmu yang saya dapat. Layakkah dia ini berceramah. Selayaknya dia jadi penglipurlara sahaja. Ramai yang mencebik bila mendengar nama dia sekarang. Maksudnya, hanya dapat angin sahaja, tak dapat apa-apa ilmu. Hanya untuk gelak-gelak sahaja.


Terus terang saya menyesal tak sudah. Apa yang diucapkannya hanya main agak-agak dan hentam sahaja. Jauh menyeleweng. Seminar keushawanan berubah menjadi sesi lawak jenaka dan penglipurlara. Saya mahukan ilmu perniagaan mengapa hanya dapat angin sahaja?

-Razzi Armansur


********** tamat petikan dari blog asal*********


Hemmm.... pakar motivasi Malaysia yang telah banyak berbudi berbakti pun dia hentamnya.
Nak juga aku tanya. Kau ni siapa? Baru ada beberapa buku dah nak bising. Sedangkan Dato Fadzilah Kamsah dah mengeluarkan berpuluh-puluh buku, berpuluh kaset dan CD Motivasi, dah keluar TV sana sini dan menjalankan seminar seluruh Malaysia. Rasanya kalau sebut Fadzilah Kamsah, semua orang kenal.


Kalau sebut Razzi Armansur? Ha ha ha... tu la kut jenakanya. Penulis tah dari ulu mana tiba-tiba nak mengutuk pulak. Memang nak tergelak tengok perangai kau ni.


Ada banyak lagi kelakar yang dibuat oleh penulis perasan diri ni. Nanti aku post kat blog ni.

Razzi Armansur

Siapa aku? Itu tidak penting... oleh kerana apa yang penting adalah siapa Razzi Armansur. Hm... bila di fikirkan kembali, siapa Razzi Armansur pun, itu juga tak penting oleh kerana Razzi Armansur adalah seorang penulis yang cuba meningkat naik, dengan menggunakan tektik-tektik kotor seperti mengutuk, mencaci, menghina pihak-pihak tertentu, sama ada individu, mahupun kumpulan.

Blog ini, aku tulis oleh kerana memang aku takde kerja. Ada banyak lagi kerja lain yang lebih baik aku buat. Tetapi, oleh kerana melihat Razzi Armansur dengan mudah melakukan kerja-kerja yang terkutuk, tanpa sesiapa menegur, jadi, biar alang-alang aku takde kerja ni, aku sampaikan kisah.

Kisah benar Razzi Armansur.